Harian Metro : Gunakan Pencuci Mesra Alam


MENJAGA dan memelihara alam sekitar sebenarnya tanggungjawab semua pihak, bukan hanya bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.

Tugas memeliharanya bermula daripada kita iaitu dengan melakukan beberapa perkara mudah iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik, menanam pokok serta mengitar semula barangan.

Selain itu, masyarakat turut disarankan supaya menggunakan produk pembersihan mesra alam kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kesan buruk kepada bumi.

Antara jenama yang mengeluarkan produk pembersihan mesra alam adalah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon), yang mengeluarkan pencuci serba guna Bio-home.

Pencuci unik itu dihasilkan daripada ramuan aktif berdasarkan tumbuhan serta boleh terurai dan mesra alam sekitar.

Pengurus Pemasaran (Penjagaan Rumah Tangga dan Peribadi) Bahagian Pemasaran Lam Soon, Carmen Foo, berkata pihaknya komited untuk mengambil bahagian dalam usaha memelihara alam sekitar.

Produk terbaru itu adalah kesinambungan produk hijau syarikat itu dalam kategori mesra alam Bio-home. Pencuci itu hanya menggunakan sumber yang boleh diperbaharui demi memelihara alam sekitar untuk jangka masa panjang dan amat sesuai bagi pengguna yang mengambil berat mengenai pencemaran.

“Kami mengekalkan wangian eksotik gabungan wangian serai dan teh hijau malah maklum balas mendapati pengguna menyukai gabungan harum itu.

“Pencuci itu mempunyai unsur ekologi yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar menerusi formulasi yang pekat untuk membersih lebih pantas tanpa perlu dibilas dan menjimatkan air.

“Ia berkesan untuk menghilangkan kotoran degil selain berfungsi sebagai agen antibakteria yang boleh terurai serta tidak membahayakan ogranisma mikro air,” katanya.

Pencuci berkenaan sesuai untuk semua jenis permukaan, peralatan, kaunter, dinding, ketuhar gelombang mikro serta dapur. Ia mampu memastikan setiap permukaan lantai dan pelbagai permukaan keras bersih bersinar. Tambahan pula, ia cepat kering dan tidak meninggalkan sisa melekit. Pencuci serba guna Bio-home diperbuat sepenuhnya daripada 100 peratus bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM14.90 bagi setiap botol 800 mililiter.
Pencuci Mesra Alam Shaklee
                                                                                                              Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/13

Sumber : Harian Metro



No comments:

Post a Comment