Petua Atasi Ketagihan Merokok



~Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.
~Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.
~Minum air galian atau masak dengan banyak.
~Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.
~Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.
~Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.
~Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).
~Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok :

~Hidup lebih lama.
~Mencegah penyakit.
~Kulit lebih sihat.
~Melindungi orang lain.
~Anak-anak lebih sihat.
~Menjadi teladan yang baik.
~Melindungi alam sekitar.
~Meningkatkan kecergasan.
~Meningkatkan deria rasa dan bau.
~Lebih sihat.
~Gigi lebih putih.
~Rambut dan pakaian tidak berbau.
~Kesuburan meningkat.
~Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

~Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
~Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.
~Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.
~Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.
~Ulser peptik dan gastritis.
~Penyakit kulit seperti ekszema.
~Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
~Penyakit tulang.
~Rambut cepat beruban.
~Kulit cepat berkedut.
~Luka lambat sembuh.
~Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
~Kesuburan berkurangan.
~Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
~Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
~Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid."

Herb-Lax berfungsi untuk nyah toksin dalam badan

No comments:

Post a Comment