Adakah anak anda tidak gemar makan sayur ?. Sekiranya
masalah ini tidak di atasi dengan segera, ianya boleh menyebabkan
pelbagai kesan negatif terhadap si anak di kemudian hari. Antara
implikasinya adalah:
- Masalah kekurangan yang akan mengganggu proses tumbesaran anak.
- Tabiat pemakanan yang kurang sihat apabila si anak menjangkau usia dewasa.
- Menyebabkan karies gigi kerana anak lebih suka mengambil makanan yang manis serta mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Sering kelesuan kerana tidak mendapat tenaga secukupnya daripada pemakanan.
- Masalah obesiti dan kesihatan kerana si anak lebih suka mengambil makanan tinggi lemak & berminyak.
- Sistem imun badan yang rendah dan selalu jatuh sakit.
No comments:
Post a Comment