TOPIK ni out sikit dari topik kesihatan cuma sekadar nak share cara-cara bagaimana nak tukar nama hak milik kenderaan sendiri.
Langkah Pertama
1. Pastikan kereta anda mestilah standard. Tiada modifikasi yang tidak dibenarkan atau belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. No. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong body, (potong sambung). Kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. Cermin mestilah cerah. Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%.
Langkah Kedua
1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. Bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar RM30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama.
4. Tunggu sampai V.E ambil kereta korang.
5. Lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan.
6. Tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya.
*Keputusan Puspakom (VR1) hanya tahan selama 1 bulan sahaja.
Langkah Ketiga
Setelah siap pemeriksaan puspakom anda perlu ke pergi JPJ.
1. Pergi kaunter pertanyaan.
2. Cakap nak buat tukar nama.
3. Nanti mereka akan bagi borang.
4. Untuk ic owner lama, nanti mereka akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan anda, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah.
5. Kalau roadtax masih hidup, anda pergi buat insuran atas nama anda dulu, tapi kalau nak mudah.. anda semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh (VR1) tadi.
6. Semak semula dokumen anda, bila dah cukup bawak balik ke koaunter peranyaan JPJ tadi.. suruh mereka tolong semak dokumen tadi.
7. Bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. Sampai giliran anda bagi ic original dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. Lepas tu mereka akan suruh anda tunggu sebentar.
10. Tunggu sampai kaunter panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. Urusan selesai.
*Kos tukar hak milik nama dalam RM130 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
No comments:
Post a Comment