Kisah Perniagaan Online


PERNIAGAAN online semakin mendapat sambutan ramai pada zaman sekarang. Ada yang menjual kuih-muih, jual gadjet dan pakaian. Selalunya perniagaan internet dilakukan oleh para surirumahtangga yang ingin membantu pendapatan keluarga. Ada yang berjaya dan ada juga yang kurang bernasib baik.

Saya menjalankan perniagaan nutrisi sejak dua tahun lalu dan masih lagi menjalankan produk ini. Saya memilih Shaklee kerana produknya yang berkualiti dan urusan yang mudah. Keuntungan untuk setiap produk tidaklah terlalu tinggi tetapi bonus cash dari Shaklee itulah yang lumayan. Pada awal-awal mula berniaga memang memeritkan, biasalah hendak mencari pelanggan bukan sesuatu yang mudah. Terlalu banyak persaingan dalam perniagaan nutrisi ni, bermacam-macam jenama berada diluar sana.

Saya bermula dengan menjual kepada rakan-rakan, daripada situ saya dapat beberapa pelanggan tetap saya. Selepas itu saya mula memberanikan diri untuk memasarkan produk secara online di internet, dalam masa dua hingga tiga bulan memang sukar untuk mencari pelanggan di internet kerana bermacam-macam pasaran nutrisi di internet.

Dengan berkat kesabaran dan usaha alhamdulillah sedikit demi sedikit saya dapat beberapa pelanggan tetap di internet, sehingga hari ini mereka masih lagi menjadi pelanggan tetap saya dan menjadi member Shaklee. Mereka memberitahu saya terlalu banyak pasaran nutrisi di internet tetapi kebanyakkannya hanyalah tablet sahaja. Apabila makan tiada kesan. Malah ada yang lebih parah, termakan produk tiruan dan menjadikan kesihatan menjadi lebih teruk.

Sejak diperkenalkan dengan Shaklee ramai pelanggan yang terima kesan yang positif, walaupuan harganya agak mahal sedikit tetapi kualiti dan keselamatan penguna, itulah yang penting sekali. Bukan sekadar hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Hasil perkongsian pengalaman dan kepercayaan pengguna, pelanggan saya di internet semakin bertambah dan ada diantara mereka berminat untuk menjalankan perniagaan nutrisi Shaklee sendiri.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, yang penting kena ada kesabaran dan daya usaha.

Antara produk yang paling laris dalam senarai saya adalah seperti Set penyusuan, Vita-C, ESP, Set kuruskan badan, Set diabetes, Vivix, B-Complex, Lecithin, Vita-E, Herb-Lax, Cinch, Meal Shake, Multivitamin, Sabun Semulajadi Shaklee, Set darah tinggi dan Set Kecantikan kulit. Ini adalah top sale list saya yang selalu pengguna saya tanya.

Terima kasih kepada pelanggan tetap saya kerana memberikan kepercayaan kepada produk ini, sampai sekarang saya masih lagi menjalankan jualan nutrisi secara online kerana kepercayaan pelanggan terhadap produk yang amat berkualiti.

Jika ada diantara pembaca yang berminat untuk mencuba kehebatan produk Shaklee ini bolehlah bermula dari sekarang kerana ramai diluar sana telah berjaya kecapi apa yang mereka inginkan. Bertukarlah kepada jenama yang berkualiti tinggi Shaklee. Dan anda amat dialu-alukan untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah dikawasan anda.

No comments:

Post a Comment