KESIHATAN diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai
juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan
sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda
Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan
menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur
memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe
berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam
bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu
memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah
tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak
di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak
makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah
diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging
telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber
protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong
serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara
kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek
seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan
kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis
seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan
sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula
juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna
anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah
lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung
dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging
yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng,
mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada
serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan
mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.
Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat
melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan
mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan
mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda
harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk
memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat
badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan
ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti
biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan
tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke
sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak
tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda
memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan
tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri
anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan
tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
kami membuat perniagaan nutrisi secara online dan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Saya adalah pengedar sah dibawah akta jualan langsung syarikat Shaklee (M) yang beroperasi di Subang Jaya. Kami berniaga mengikut konsep order dan delivery. Saya telah menjalankan perniagaan online nutrisi ini selama 5 tahun dan mempunyai pelanggan disetiap negeri. Untuk sebarang pertanyaaan dan tempahan boleh hubungi saya 013-2610845.
No comments:
Post a Comment