Samsung Galaxy S3 Meletup

Gempar! Samsung Galaxy S3 Meletup Dalam Poket Seluar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang remaja swiss melecur
dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup
didalam poket.
Fanny Schlatter
,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket
seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny
Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti
mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya
mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.
Cik Schlatter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan
mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk
memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat
produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara
menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin
memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja
mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan
kemudahan dan keselamatan pengguna.
Ini bukan kali pertama
bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara
spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON
hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009,
seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus
arteri lehernya.
Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit.
No comments:
Post a Comment